Islamic Widget

Rabu, 6 April 2011

Maulidur Rasul 1432 H Peringkat Sekolah

Alhamdulillah.. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Februari yang lalu.. Sambutan ini dimulai dengan perarakan guru-guru dan murid-murid dari astaka ke dewan sekolah yang diketuai oleh Ust. Mohd. Hafiz.. Sambutan pada kali ini amat bertuah kerana kesudian Puan Kuilim Minin selaku Guru Besar SRK St. Agnes merasmikan sambutan pada tahun ini.. Terima kasih diucapkan kepada kerjasama warga SRK St. Agnes Likas kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada sambutan kali ini :

a)  Perarakan 
b)  Tayangan Video
c)   Pertandingan Kuiz
d)  Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Humayra'
e)  Persembahan Bacaan Selawat Murid Tahun 3
f)   Pertandingan Bercerita Tahun 4 dan 5
g)  Pertandingan Hafazan Tahun 3

Selasa, 5 April 2011

Pertandingan MTQ Peringkat KKS di SK Tanjung Aru II

Tahniah kepada adik Hazlin Khairani kerana mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Bercerita SR MTQ KKS.. Semoga tahun depan dapat melakukan yang terbaik dari tahun ini.. 

Adik Syazwie Ramlee menyertai pertandingan bercerita SR ..

Kumpulan Nasyid Humaira' mempersembahkan nyanyian nasyid ..

Tahniah adik Ahmad Afif atas kejayaan menduduki tempat ke 3 dalam Pertandingan Tilawah Al Quran Lelaki SR pada kali ini..

Tahniah kepada ustaz/zah SRK St. Agnes yang melatih peserta-peserta pada tahun ini.. Dengan kejayaan yang dikecapi pada tahun ini, akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada tahun akan datang.. Tahniah kepada peserta-peserta yang menunjukkan persembahan yang baik, kepada yang tidak berjaya.. Insya Allah, tahun depan cuba lagi.. Tahniah kepada adik Hazlin Kharani (Bercerita Perempuan), adik Ahmad Afif (Tilawah Lelaki) dan adik Nabilah Adnan (Hafazan Perempuan) kerana mendapat tempat ke 3 dalam acara masing-masing..

Kursus Dalaman Penataran Pemarkahan KSSR Pendidikan Islam

Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan kursus dalaman ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh    :  7 April 2011 (Khamis)
Masa     :  11.30 pagi
Tempat  :  Bilik Gerakan

Kehadiran GPA dan GPA j-QAF diwajibkan bagi melancarkan lagi kursus dalaman ini.. Kursus Dalaman ini akan disampaikan oleh Ustazah Fazelahyaty Abdullah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...