Islamic Widget

Selasa, 17 Mei 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Guru Besar,para PK dan guru-guru diiringi bunga manggar dan paluan kompang menuju ke dewan sekolah.
 Pengawas sekolah  menyambut kedatangan para guru sambil ditaburkan dengan taburan daun pandan..

Bersemangat para guru membaca ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia  di bawah pimpinan Cikgu Masliah.

 Pn. Kuilim (Guru Besar), Pn. Chan (PK Kokum), Pn. Janet (PK HEM) dan Pn. Masnih PK Petang memotong kek sempena Hari Guru yang disumbangkan oleh seorang murid tahun 1. Terima kasih buat adik Mohd. Ivan.

 Cikgu Lilah (Guru UBK) menyampaikan sajak dengan penuh syahdu dan bersemangat.

Tahniah buat guru yang menerima Anugerah Guru 1 St. Agnes Ustzh. Khairiyah,Cikgu Rafidah,Cikgu Ag. Ruzaini dan Cikgu Nanthakumar.. 

Pada 16 Mei 2011, pihak sekolah dengan kerjasama KKGA SRK St. Agnes telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan yang diadakan ini cukup meriah dan memberi keseronokan kepada guru-guru terutamanya acara sukan. Semoga guru St. Agnes yang berdedikasi dan berintegriti tinggi akan dapat mentransformasikan para murid St. Agnes yang cemerlang dalam kurikulum, ko kurikulum dan sahsiah.

Khamis, 12 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di SRK St. Agnes Likas yang tidak pernah jemu untuk menabur bakti dalam melahirkan modal insan yang berpotensi dan kompeten. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Mesyuarat Staf Kali Kedua 2011

Pihak pentadbiran sekolah akan mengadakan mesyuara tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Agenda mesyuarat staf seperti berikut :

Ucapan Guru Besar
Pengesahan Minit Mesyuarat
Perkara-perkara Berbangkit
Surat-surat Terkini
Kelas Bahasa Komunikasi (Bahasa Arab/Bahasa Cina/Bahasa Tamil)
Kewangan PCG dan SUWA
Pelancaran Laman Web Sekolah
Buku Stok / Inventori
Hal-hal lain

Semoga semua GPA dan GPA j-QAF agar dapat menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...